Di kala diri terasa seperti orang asing
Kerana tiada yang memahami
Perjuangan diri
Dalam dunia ini
Menangislah
Jangan meraung tapi menangislah
Di kala mengalami sebuah kehilangan
Sesuatu yang amat dihargai
Kerana menyedari
Hidup tidak akan sama lagi
Menangislah
Jangan meraung tapi menangislah
Di kala ingatan hinggap ke masa lalu
Terkenang akan dosa-dosamu
Yang dilakukan suatu ketika dahulu
Akibat tak terkawal nafsu
Menangislah
Jangan meraung tapi menangislah
Di kala terasa diri begitu lemah
Untuk menghadapi semuanya
Menangislah
Tetapi jangan terus menangis sahaja
Pujuklah hati dan diri agar bangkit semula
Dengan berpaksikan keyakinan
Kepada Allah subhana wa ta’ala
ZRSyukurnia